Monday 11 May 2015

jom jadi pelajar cemerlang


1. Mempunyai matlamat dan sasaran. Anda mestilah telah menetapkan berapa "A" yang anda mahukan. Anda juga telah merancang di Universiti mana dan mengambil  pengkhususan apa pada ketika itu. Selain itu pelajar cemerlang juga tahu matlamat hidupnya di dunia mahupun di akhirat :)
2. Pelajar cemerlang percaya bahawa anda boleh cemerlang. Anda tidak akan pernah ragu-ragu dengan kemampuan anda dan anda sanggup berkorban apa sahaja untuk berjaya.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya didalam kelas dengan cara :
  • Jangan alih mata
  • Dengar dan fahamkan
  • Awasi minda
  • Awasi diri
  • Buat catatan
4. Ada strategi belajar yang berkesan.Kalau teknik belajar anda betul tapi anda tiada strategi belajar yang berkesan , maka pencapaian anda dalam peperiksaan adalah biasa-biasa saja Strategi itu penting supaya anda boleh cemerlang. 
5. Sentiasa berfikiran positif. Kajian membuktikan bahawa 75% daripada fikiran kita adalah negatif. Oleh sebab itu ramai pelajar gagal kerana tanpa mereka sedar, pemikiran mereka telah dikawal oleh pemikiran negatif. Oleh itu anda mestilah membuat gambaran dalam minda adalah semuanya positif ;)
6. Berkawanlah dengan rakan yang postif. Sekiranya anda tersalah memilih rakan , maka anda tersalah pilih masa depan dan musnahlah harapan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya melainkan anda dan rakan anda berubah :) Tidak salah mempunyai rakan yang ramai , tetai cukuplah beberapa yang rapat dengan anda. Berkawanlah dengan rakan yang punya matlamat dan berjaya dalam pelajarannya.
"Berkawanlah dengan penjual minyak wangi nescaya baunya akan terkena pada diri anda"
7. Pengurusan masa sangatlah penting dalam kehidupan , bukan sahaja untuk menjadi cemerlang tetapi ianya merupakan keperluan dalam hidup. Pepatah ada mengatakan "masa itu emas" , Oleh itu masa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 jam sehari ulangkaji di rumah dan lebihnya membuat aktiviti yang berfaedah.
8. Setiap pelajar di dunia ini berlainan agama. Bagi agama Islam , anda hendaklah meletakkan Agama nombor 1 . Niatkan apa yang anda pelajari kerana Allah swt , kerana agama , dan keluarga :) Redha Allah apabila kita membuat sesuatu perkara dimulakan dengan Allah. Islam begitu mudah.
Berdasarkan kesemua tips-tips yang telah kami kongsikan , dengan harapan anak-anak pelajar dapat menjadikan sebagai amalan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang didunia mahupun di akhirat InshaAllah. 
 
source :http://cahayapurnama.com/tips-pelajar-cemerlang/

Friday 17 April 2015

50 TIPS MEMBINA KELUARGA BAHAGIA DARI DR FADZILAH KAMSAH



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

MESYUARAT AJK PIBG 2015 BIL 1

Mesyuarat pertama kali ini  merupakan perbincangan penetapan tarikh bagi mesyuarat agung bagi sessi 2015/2016.mesyuarata ini di hadiri oleh 11 org ahli PIBG. Setelah kata sepakat diperolehi, maka tarikh bagi mesyuarat agung PIBG Pekan Telipok Jatuh pada 16 MEI 2015. Mesyuarat ini juga telah menetapkan beberapa AJK tertentu bagi melancarkan lagi perjalanan Majlis mesyuarat agung nanti. mesyuarat ini di pengerusikan oleh YDP PIBG SK Pekan telipok iaitu EN Makmur Ibak.

IBU BAPA DAN SEMUA WARGA DIJEMPUT HADIR.... INGAAAATTT.. 16 MEI 2015... JAM 7.30 PAGI.
En Makmur sedang mempengerusikan mesyuarat.

antara barisan Pentadbiran yang turut serta




Tuesday 27 May 2014

Sambutan Hari Guru SK Pekan Telipok...

Alhamdulillah hari ni 27 mei 2014 Sk Pekan Telipok telah menyambut Hari Guru SK Pekan Telipok.... semua berjalan lancar dan hapening habis.. mula dengan sukaneka... semua guru2 termasuk beberapa org exsco PIBG seperti Puan Rosita, En Ibrahim dan beberapa org lagi yg sudi hadir memeriahkan acara ini dilihat begitu sporting dalam menjayakan aktiviti sukaneka... dipenuhi hilai tawa yg jarang2 kita dengar... hehe... terima kasih kepada KTBM Pn Morin Puan Julie Pn silverlan Pn wainisa enAlvin serta kakitangan SWASTA yang telah berpenat lelah menyediakan aktiviti sukaneka kepada Kami.... Terima kasih... di sini Admin sertakan sedikit gambar sekitar perjalanan majlis tadi...





























untuk lebih gambar lg sila layari laman FB ini....https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.668730496496465&type=1

Sunday 8 September 2013


HARI SELASAN 10-12 SEPTEMBER 2013 BERMULALAH UJIAN SEBENAR MURID-MURID TAHUN 6 SK PEKAN TELIPOK.... UJIAN YANG DITUNGGU-TUNGGUU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH... 

DENGAN INI PIHAK PIBG MENYERU SEMUA ANGGOTA GERAK KERJA SK PEKAN TELIPOK SERTA SEMUA IBU BAPA BERSAMA-SAMA MENADAH TANGAN MENDOAKAN ANAK-ANAK INI MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR... 

SEMOGA 5A DALAM GENGGAMAN INSYAALLAH....

Jadual UPSR 2013




Wednesday 4 September 2013

MESYUARAT PIBG SK PEKAN TELIPOK 2013/14 KALI 2

 Alhamdulillah hari ni selesailah mesyuarat PIBG SKPT yang berlangsung selama 2 jam . Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Pekan Telipok En Makmur Ibak. mesyuarat ini dihadiri seramai 16 ahli PIBG. ada beberapa aktiviti yang dibincangkan seperti : 

1- perancangan aktiviti.
2- kewangan
3- laporan aktiviti lalu (gotong royong perdana)

mesyuarat yang dilangsung ini bermula jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat berjalan lancar dan kata sepakat telah diperolehi bagi sesuatu aktiviti yang dirancang. mesyuarat ditangguhkan oleh YDP PIBG pada jam 5.30 petang selepas jamuan.










Sunday 28 July 2013

SEKITAR IFTAR JAMAIE SK PEKAN TELIPOK

alhamdulillah sekarang kita berada di bulan yang penuh keberkatan yang mana semua umat islam wajib berpuasa... di bulan ini juga semua umat islam berlumba-lumba mendapatkan pahala yang dikurniakan oleh allah... pihak sk pekan telipok telah mengadakan satu program IFTAR JAMIE yg melibatkan semua murid sk pekan telipok dan juga ibu bapa... program ini berlangsung pada tarikh 26 julai 2013. bersyukur kepada allah kerana apa yg dirancang dapat dijalankan dengan baik dengan izinNYA.... alhamdullilah.. di sini ada gambar-gambar sepanjang perjalanan majlis... Majlis ini di hadiri oleh YDP PIBG SK Pekan Telipok dan semua AJK PIBG.