2. Pelajar cemerlang percaya bahawa anda boleh cemerlang.
Anda tidak akan pernah ragu-ragu dengan kemampuan anda dan anda sanggup
berkorban apa sahaja untuk berjaya.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya didalam kelas dengan cara :
- Jangan alih mata
- Dengar dan fahamkan
- Awasi minda
- Awasi diri
- Buat catatan
4. Ada strategi belajar yang berkesan.Kalau teknik belajar
anda betul tapi anda tiada strategi belajar yang berkesan , maka
pencapaian anda dalam peperiksaan adalah biasa-biasa saja Strategi itu
penting supaya anda boleh cemerlang.
5. Sentiasa berfikiran positif. Kajian membuktikan bahawa
75% daripada fikiran kita adalah negatif. Oleh sebab itu ramai pelajar
gagal kerana tanpa mereka sedar, pemikiran mereka telah dikawal oleh
pemikiran negatif. Oleh itu anda mestilah membuat gambaran dalam minda
adalah semuanya positif ;)
6. Berkawanlah dengan rakan yang postif. Sekiranya anda
tersalah memilih rakan , maka anda tersalah pilih masa depan dan
musnahlah harapan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya
melainkan anda dan rakan anda berubah :) Tidak salah mempunyai rakan
yang ramai , tetai cukuplah beberapa yang rapat dengan anda. Berkawanlah
dengan rakan yang punya matlamat dan berjaya dalam pelajarannya.
"Berkawanlah dengan penjual minyak wangi nescaya baunya akan terkena pada diri anda"
7. Pengurusan masa sangatlah penting dalam kehidupan ,
bukan sahaja untuk menjadi cemerlang tetapi ianya merupakan keperluan
dalam hidup. Pepatah ada mengatakan "masa itu emas" , Oleh itu masa
hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Pelajar yang cemerlang
mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 jam sehari ulangkaji di rumah
dan lebihnya membuat aktiviti yang berfaedah.
8. Setiap pelajar di dunia ini berlainan agama. Bagi agama
Islam , anda hendaklah meletakkan Agama nombor 1 . Niatkan apa yang
anda pelajari kerana Allah swt , kerana agama , dan keluarga :) Redha
Allah apabila kita membuat sesuatu perkara dimulakan dengan Allah. Islam
begitu mudah.
Berdasarkan kesemua tips-tips yang telah kami kongsikan , dengan harapan
anak-anak pelajar dapat menjadikan sebagai amalan untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang didunia mahupun di akhirat InshaAllah.
source :http://cahayapurnama.com/tips-pelajar-cemerlang/